Laman Web KPKT

   BAHAGIAN KAWALAN KREDIT KOMUNITI
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN
Tuesday, 12-November-2024  
09:56 PM 

Info Pemegang Pajak Gadai

 
Mengikut Akta Pemegang Pajak Gadai 1972, Pemegang Pajak Gadai (PPG) adalah sesiapa yang:

a) menerima atau membeli dari sesiapa jua pun apa-apa barang sebagai cagaran terhadap pembayaran balik sesuatu atau beberapa jumlah wang, tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit, yang didahulukan atas cagaran itu; atau

b) membeli atau menerima atau mengambil barang-barang dan membayar atau mendahulu atau meminjamkan atasnya sesuatu atau beberapa jumlah wang, tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit, dengan atau di bawah sesuatu perjanjian atau persefahaman yang dinyata atau difahamkan atau yang dari keadaan dan jenis urusan itu dapat disimpulkan dengan munasabah bahawa barang-barang itu boleh kemudiannya ditebus atau dibeli kembali mengikut sesuatu syarat, hendaklah disifatkan sebagai seorang yang menjalankan perniagaan mengambil barang-barang sebagai pajak gadai, dan tiap-tiap urusan, barang, bayaran, pendahuluan dan pinjaman itu masing-masing hendaklah disifatkan sebagai pajak gadai, sandaran atau pinjaman dalam erti Akta ini.